Wednesday, March 25, 2009

HARI YANG PALING BERSEJARAH BAGI ZURA






Terima kasih pada semua member2 yang hadir ke majlis zura...terutama kak Su PPIK sungai raia dan kak No PPik Cegar dari jauh sudi datang...

Wednesday, February 18, 2009

SUDUT ICT


SEJARAH TELAGA GERGASI


Telaga Gergasi yang Menakjubkan!Memetik sejarah kampung yang dinyatakan oleh ketua kampung, Pak Andak nama Bagan Baru muncul kerana penempatan baru yang diwujudkan di kawasan kampung ini. Sebelum ini, kebanyakan penduduk tinggal di Kampung Bagan Kenuak namun telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat dan tersusun selepas kemerdekaan oleh kerajaan. Ia bagi memudahkan urusan pentadbiran dan memberi penempatan yang lebih selesa dan terjamin daripada pelbagai ancaman yang tidak elok.Di pinggir kampung, terdapat sebuah telaga gergasi yang menjadi kebanggaan penduduk setempat dan salah satu tarikan pelancong. Ia dipercayai telah dibina pada tahun 1936 oleh pihak Inggeris sebagai pusat untuk menyimpan air dan dijadikan sumber pengairan untuk tanaman padi pada ketika itu. Kegigihan pihak Inggeris dalam membina telaga ini banyak memberi manfaat kepada penduduk pada ketika itu dalam mendapatkan sumber perairan untuk tanaman dan sumber air bersih untuk kesenangan penduduk kampung.Kawasan telaga yang sungguh besar dan menakjubkan ini pasti akan menggamit pengunjung dari luar untuk bertandang ke kampung ini. Namun, pengunjung perlulah berhati-hati ketika berada di kawasan telaga gergasi ini kerana ia mungkin akan membahayakan nyawa jika terjatuh ke dalam telaga. Selain mempunyai telaga yang luas, air yang mengalir di telaga ini juga sungguh deras dan jika bernasib baik, pengunjung boleh melihat panorama indah pelangi muncul pada waktu tengah hari di permukaan air telaga gergasi ini.

SEJARAH KAMPUNG BAGAN BAHARU IJOK

Dizaman pemerintahan british kawasan perkampung ini telah terokai oleh penduduk luar kampung dijadikan tempat ternakan kerbau atau dikenali sebagai Bagan Kerbau.Pada tahun 1954 pihak kerajaan telah menjadikan tempat ini penempatan semula kepada orang melayu yang tinggal di Redang Panjang dan penduduk pendalaman bertujuan untuk maengawal penduduk -penduduk dari pengaruh pihak komunis.Nama kampung ini kemudiannya ditukar kepada kampung Bagan Baharu.Setelah itu pihak kaerajaan telah menempatkan tapak lot perumahan kepada pesara polis bantuan(SC) sebagai anugerah kerajaan dikampung ini.Selepas itu kerajaan menjadikan kampung ini dibawah selian Majlis Tempatan Selama hingga hari ini.Sekarang kampung bagan baharu adalah sebuah kampung yang sungguh Indah dan masih mengekalkan cara hidup dan semagat kemelayuan.Penduduknya semuanya terdiri dari orang melayu.Konsep kampung bagan baharu ini ialah perkampungan melayu tradisional

BANGGUNAN PPIK BAGAN BAHARU